Tuesday, March 29, 2011

PENGETUA SMK METHODIST 2011

Nama pengetua SMK Methodist ialah Encik Yong Choo Tiong. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1959 di Sibu. Beliau menerima pendidikan di SKJ Sacred Heart. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di SMK Sacred Heart dan akhirnya di Universiti Malaya. Beliau minat membaca dan bermain tennis pada masa lapang. Beliau mempunyai 6 orang ahli keluarga.

Perwatakan beliau yang peramah dan baik hati sangat disenangi oleh guru-guru dan para pelajar. Beliau juga mementingkan perkembangan sahsiah pelajar serta sentiasa menggalakkan pelajar dan guru supaya berusaha meningkatkan prestasi dari segi akademik dan kokurikulum.

Tugas beliau dalam pentadbiran SMK Methodist ialah bertanggungjawab menguruskan kebajikan pelajar dan mengelolakan program perkembangan staf serta menggalakkan kokurikulum sekolah.

Sumbangan beliau dalam masyarakat ialah mewujudkan suasana yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga meningkatkan keceriaan sekolah iaitu mewujudkan taman-taman dan sudut belajar untuk pelajar. Beliau juga sangat menggalakkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Thursday, December 30, 2010

SESI PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2011

Nama Program: Pendaftaran Pelajar Ting. 1 Sesi 2011
Tarikh: 27 November 2010
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tgh hari
Tempat: SMK Methodist, Sibu Sarawak

Aktiviti:
1. Pendaftaran Pelajar di Dewan Sekolah
2. Ujian Bertulis
3. Temuduga




Terima kasih kepada semua guru dan para kakitangan sekolah yang telah memberikan kerjasama dan memastikan perjalanan program ini berjalan dengan lancarnya.

Kami mengucapkan selamat datang kepada warga baru SMK METHODIST Sibu, Sarawak. Semoga anda semua menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang tidak kira di bidang akademik mahupun kokurikulum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...